Syukur
ke hadrat Ilahi, kerana aku memperolehi keputusan STPM yang cemerlang iaitu
CGPA 3.59. Selepas mendapat keputusan STPM aku membuat permohonan upu. Antara universiti
yang aku pilih ialah Universiti Putra Malaysia (UPM). Universiti Utara Malaysia
(UUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM),
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Aku
membuat pilihan universiti tersebut atas nasihat cikgu dan program aku mohon
berdasarkan kelayakan aku.
Pada
31 Julai 2018 keputusan upu dikeluarkan. Aku sangat terkejut dan gembira
apabila aku ditawarkan program Bacelor Komunikasi di Universiti Putra Malaysia
(UPM). Aku berasa ini bagaikan sebuah mimpi apabila aku dapat tawaran di UPM. Aku
tidak pernah mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran di UPM kerana dulu
aku beranggapan untuk melanjutkan pelajaran di UPM mestilah mempunyai keputusan
SPM atau STPM yang cemerlang.
Aku
masih tidak percaya yang aku akan menjejakkan kaki di bumi UPM. Pada 2 September
2018 aku mendaftar diri di UPM dan pada 5 September 2018 aku secara rasminya
menjadi mahasiswi di UPM apabila selesai bacaan ikrar bersama naib canselor.
Dengan
ini bermulalah perjuangan aku di UPM selama 3 tahun setengah untuk mendapat
ilmu dan menggenggam segulung izajah.Di sini bermulanya kehidupan baru aku
sebagai mahasiswi. Di sinilah juga buat pertama kalinya aku akan berpisah
dengan ibu bapa aku. Perasaan sedih itu mestilah ada tapi itulah pengorbanan
yang harus aku lakukan untuk mencapai impian aku.