Isnin, 17 September 2018

Pengalaman Yang Tidak Akan Dilupakan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Untuk permulaan entri ini,aku akan bercerita tentang pengalaman aku semasa di tingkatan 6.

Pada tarikh 3 Mei 2016 aku mendaftar diri sebagai pelajar tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Choh. Secara jujurnya aku tidak merancang untuk menyambung pelajaran di tingkatan 6. Aku menerima tawaran menyambung pelajaran di tingkatan 6 kerana keputusan spm aku yang tidak bagus dan aku tidak yakin akan mendapat tawaran upu. Andaian aku benar apabila keputusan upu keluar, aku tidak mendapat tawaran di mana-mana ipta dan juga politeknik maka aku membuat keputusan untuk tidak membuat rayuan dan aku meneruskan pelajaran aku di tingkatan 6. 

Semasa aku di tingkatan 6, aku banyak belajar perkara baru yang tidak pernah aku lakukan. Pertama aku diberi peluang untuk menjadi pengerusi projek pertandingan memasak.Ini merupakan kali pertama aku menjadi ketua dan melakukan projek. Projek pertandingan memasak itu berjalan dengan lancar walaupun terdapat banyak kekurangan yang perlu aku baiki.Projek ini juga tidak akan berjaya jika tiada guru yang membimbing aku dan ahli kumpulan. 



Aku bersama ahli kumpulan dan guru pembimbing projek pertandingan memasak


Pelajar tingkatan 6 juga diajar cara untuk membuat kerja kursus dan viva. Ilmu ini sangat penting dan bermanfaat kerana kami akan gunakan bila kami menjadi pelajar universiti. Aku juga tidak akan lupa dengan nasihat dan  pandangan cikgu terhadap kerja kursus dan viva yang aku lakukan. Segala nasihat dan pandangan yang diberikan akan aku gunakan untuk baiki kesalahan aku agar aku tidak melakukan kesalahan yang sama bila membuat kerja kursus nanti. Ilmu yang aku perolehi semasa aku di tingkatan 6 sangat berguna untuk aku apabila aku menjadi mahasiswi.

Memang benar kata orang tingkatan 6 ini sukar tetapi kalau kita rajin dan fokus dengan matlamat kita, perkara sukar akan menjadi senang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan