Selasa, 25 September 2018

Bagaikan Mimpi

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana aku memperolehi keputusan STPM yang cemerlang iaitu CGPA 3.59. Selepas mendapat keputusan STPM aku membuat permohonan upu. Antara universiti yang aku pilih ialah Universiti Putra Malaysia (UPM). Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Aku membuat pilihan universiti tersebut atas nasihat cikgu dan program aku mohon berdasarkan kelayakan aku.

Pada 31 Julai 2018 keputusan upu dikeluarkan. Aku sangat terkejut dan gembira apabila aku ditawarkan program Bacelor Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM). Aku berasa ini bagaikan sebuah mimpi apabila aku dapat tawaran di UPM. Aku tidak pernah mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran di UPM kerana dulu aku beranggapan untuk melanjutkan pelajaran di UPM mestilah mempunyai keputusan SPM atau STPM yang cemerlang.

Aku masih tidak percaya yang aku akan menjejakkan kaki di bumi UPM. Pada 2 September 2018 aku mendaftar diri di UPM dan pada 5 September 2018 aku secara rasminya menjadi mahasiswi di UPM apabila selesai bacaan ikrar bersama naib canselor.

Hasil carian imej untuk upm


Dengan ini bermulalah perjuangan aku di UPM selama 3 tahun setengah untuk mendapat ilmu dan menggenggam segulung izajah.Di sini bermulanya kehidupan baru aku sebagai mahasiswi. Di sinilah juga buat pertama kalinya aku akan berpisah dengan ibu bapa aku. Perasaan sedih itu mestilah ada tapi itulah pengorbanan yang harus aku lakukan untuk mencapai impian aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan