Di
saat aku merindui keluarga aku, aku mendapat berita bahawa ayah aku demam dan
muntah-muntah. Masa itu aku tidak terkejut kerana ayah aku memang selalu demam
dan keesokan harinya ayah aku akan sihat. Tetapi demam ayah semakin teruk dan
terpaksa hantar ke hospital. Ayah aku tidak mampu untuk bergerak dan bercakap. Apabila
aku mendapat berita bahawa ayah aku di hantar ke hospital, aku mula rasa risau,
gelisah dan tidak sedap hati.
Pada
mulanya doktor memberitahu ayah aku suspek strok tetapi bukan strok. Keesokannya
(25 September 2018) ayah aku masih berada di zon kuning. Doktor melakukan ct
scan untuk mencari punca penyakit ayah aku tetapi doktor tidak dapat jumpa
punca penyakit ayah aku. Ketika aku membaca mesej daripada abang aku, aku
berasa sangat risau dan sedih. Aku juga tidak boleh memberi tumpuan dalam
kelas. Aku rasa ingin menangis sahaja. Apabila abang aku kata ayah aku dah
sedar tetapi keadaan ayah aku masih lemah, aku rasa sedikit lega tetapi
perasaan risau itu tetap ada. Pada malamnya, kakak aku memberitahu bahawa doktor
akan cuba buat dialisis selama 4jam. Itu lah mesej terakhir daripada kakak aku
yang memberitahu keadaan ayah aku. Pada malam itu aku tidak lena tidur. Aku sangat
risau memikirkan keadaan ayah aku. Aku menangis. Akhirnya aku terlena bertemankan
air mata.
Pada
jam 2:00 pagi 26 September 2018, aku menerima panggilan daripada abang aku (Abe
We) yang memberitahu bahawa keadaan ayah aku kritikal. Pada masa itu air mata
aku tumpah ke pipi. Aku berdoa supaya ayah aku mampu melawan penyakitnya tetapi
pada jam 2:45 pagi abang aku (Abe Joe) memberitahu bahawa ayah aku disahkan
meninggal dunia. Pada masa itu, tidak ada apa-apa yang boleh aku katakan. Aku hanya
mampu sedekahkan Al-Fatihah dan membaca Yassin untuk arwah ayah aku.
Di saat
aku baru memulakan kehidupan sebagai pelajar universiti, aku kehilangan ayah
aku. Dahulu semasa aku penggal 1 di tingkatan 6 aku kehilangan abang aku. Sungguh
berat dugaan yang Allah beri kepada aku tetapi aku harus terima qada dan qadar Allah.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Kini
aku tahu perasaan orang yang kehilangan ayahnya. Sungguh sedih tetapi kita kena
kuat untuk menghadapi hari-hari yang akan datang. Kepada sesiapa yang masih
mempunyai ayah dan ibu, hargai mereka dan cuba buat mereka sentiasa
tersenyum. Apabila mereka sudah tiada, itu lah kenangan manis yang kita akan
ingat sampai bila-bila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan