Dalam kehidupan terdapat pelbagai mitos yang kita
dengar. Antaranya ialah:
Mitos
|
Fakta
|
1. Roti makanan yang sihat dan sarapan yang baik
untuk membekalkan tenaga harian.
|
Tak semua roti. Roti putih menyebabkan
peningkatan gula dalam darah yang tinggi dan meningkatkan risiko penyakit. Tukar
roti putih kepada roti bijirin penuh.
|
2. Tidak mengambil makan malam mempercepatkan
penurunan berat badan
|
Dengan tidak mengambil makan malam akan
membuatkan kadar metabolisma menurun dan pembakaran kalori akan menjadikan
perlahan. Makan ikut aturan masa dan kuantiti yang betul akan mempercepatkan
proses turun berat badan.
|
3. Jangan makan timun ketika haid kerana getah
yang ada pada timun akan menyebabkan darah haid tersisa di dinding rahim.
|
Makan timun semasa haid tidak akan
menyebabkan sebarang kesan pada dinding Rahim kerana saluran pencernaan tidak
bersambung dengan rahim.
|
4. Semua minuman sejuk tidak boleh diminum
kerana boleh menyebabkan darah menjadi beku dan terlekat pada dinding rahim.
|
Minum minuman sejuk bukan punca darah membeku.
Sama seperti penerangan untuk mitos timun. Air yang diminum akan melalui
perut dan usus dan tidak mengalir ke rahim.
|
5. Tidak boleh minum air kelapa semasa haid
kerana air kelapa bersifat sejuk dan akan menjadikan rahim sejuk.
|
Minum air kelapa tidak akan menyebabkan rahim
sejuk.
|
Jadual
di atas merupakan mitos dan fakta mengenai diet dan ketika haid. Terdapat banyak
lagi mitos yang kita anggap itu adalah fakta.