Rabu, 31 Oktober 2018

Mitos VS Fakta


Dalam kehidupan terdapat pelbagai mitos yang kita dengar. Antaranya ialah:
 
Mitos
Fakta
1.      Roti makanan yang sihat dan sarapan yang baik untuk membekalkan tenaga harian.


Hasil carian imej untuk roti putih gardenia
Tak semua roti. Roti putih menyebabkan peningkatan gula dalam darah yang tinggi dan meningkatkan risiko penyakit. Tukar roti putih kepada roti bijirin penuh.
Hasil carian imej untuk roti gardenia

2. Tidak mengambil makan malam mempercepatkan penurunan berat badan
Dengan tidak mengambil makan malam akan membuatkan kadar metabolisma menurun dan pembakaran kalori akan menjadikan perlahan. Makan ikut aturan masa dan kuantiti yang betul akan mempercepatkan proses turun berat badan.
3.  Jangan makan timun ketika haid kerana getah yang ada pada timun akan menyebabkan darah haid tersisa di dinding rahim.
Makan timun semasa haid tidak akan menyebabkan sebarang kesan pada dinding Rahim kerana saluran pencernaan tidak bersambung dengan rahim.
4.   Semua minuman sejuk tidak boleh diminum kerana boleh menyebabkan darah menjadi beku dan terlekat pada dinding rahim.
Minum minuman sejuk bukan punca darah membeku. Sama seperti penerangan untuk mitos timun. Air yang diminum akan melalui perut dan usus dan tidak mengalir ke rahim.
5.      Tidak boleh minum air kelapa semasa haid kerana air kelapa bersifat sejuk dan akan menjadikan rahim sejuk.
Minum air kelapa tidak akan menyebabkan rahim sejuk.

Jadual di atas merupakan mitos dan fakta mengenai diet dan ketika haid. Terdapat banyak lagi mitos yang kita anggap itu adalah fakta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan