Stres
ialah gangguan emosi seseorang
kesan daripada tindak balas sesuatu di luar kebiasaan atau kemampuan seseorang
atau disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpa seseorang. Setiap manusia
tidak kira peringkat kanak-kanak,remaja ataupun dewasa akan mengalami stres
atau tekanan disebabkan oleh faktor persekitaran. Stres boleh memberi kesan
positif apabila individu tersebut boleh mengatasi stres seperti individu
tersebut akan lebih matang dan tenang untuk mengatasi setiap masalah yang
timbul. Namun, stres juga memberi kesan negatif apabila individu tersebut gagal
untuk mengatasi stres yang dialami. Contohnya, individu tersebut boleh
mengalami kemurungan.
Terdapat cara untuk mengatasi stres, antaranya
ialah:
1.
Luahkan kepada
seseorang
Jika masalah yang kita hadapi terlalu berat dan
kita tidak mampu untuk menanggung seorang diri, cuba lah kita luahkan kepada
ibu bapa, adik-beradik ataupun kawan baik. Mungkin mereka boleh bantu kita
untuk menyelesaikan masalah itu atau memberi kata-kata semangat yang boleh
mengurangkan tekanan kita dalam menyelesaikan masalah itu.
2. Berfikiran positif
Setiap kali menghadapi masalah, cuba untuk berfikiran
positif. Menganggap setiap masalah yang dihadapi merupakan proses untuk
mematangkan diri. Selain itu, tidak menyalahkan sesiapa apabila menghadapi
masalah malah menganggap masalah yang dihadapi tanda tuhan menyayangi kita.
3. Bersenam atau beriadah
Bersenam bukan hanya dapat mencergaskan fikizal
malah mental juga lapang. Apabila mental sudah lapang, kita dapat berfikir
dengan tenang dan mampu membuat keputusan yang baik. Pemandangan kawasan
bersenam juga memainkan peranan untuk menghilangkan stres maka kita perlu pilih
kawasan yang cantik untuk kita bersenam atap beriadah.
4. Menulis diari
Menulis diari juga merupakan cara untuk menghilang
stres. Kadang kala kita berasa malu untuk menceritakan masalah kita kepada kawan
dan ahli keluarga. Menulis diari ialah cara yang terbaik untuk meluahkan rasa
hati yang terpendam selama ini yang menyebabkan kita stres.
Jangan lah kita membiarkan diri kita berada
dalam keadaan stres. Stres boleh menyebabkan kita melakukan perkara yang negatif.
Jika mempunyai masalah cuba cari cara penyelesaian. Jika tiada jalan
penyelesaian, lupakan sahaja masalah itu agar dapat mengelakkan diri daripada stress.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan