Sahabat
ialah orang yang paling rapat dengan kita dan orang yang paling kita percaya. Sahabat
ini juga sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Sahabat akan selalu ada ketika
kita susah dan senang. Sahabat akan sentiasa ada untuk mendengar masalah kita. Sahabat
juga akan memberi nasihat kepada kita.
Adakah
sahabat akan sentiasa bersama kita? Jawapannya tidak. Mungkin sahabat kita tinggal
berjauhan dengan kita tetapi sahabat akan sentiasa ada untuk kita. Ada juga
sahabat yang dekat dengan kita. Setiap dapat berjumpa. Belajar di tempat yang
sama. Betapa gembira bila dapat berjumpa sahabat setiap hari.
Aku
juga mempunyai sahabat, Namanya Jasmira. Walaupun lain bangsa dan agama tidak
menghalang untuk kami menjadi sahabat selama 7 tahun. Pada awalnya aku dengan
Jasmira hanya kawan biasa. Kami rakan sekelas semasa tingkatan 2 dan tingkatan
3. Semasa tingkatan 3 kami selalu belajar bersama-sama. Dia datang ke rumah aku
untuk menyiapkan. Aku juga kadang-kadang menceritakan masalah aku kepada dia. Tetapi
kami tidak rapat seperti sahabat. Kami hanya kawan biasa.
Pada
2013 semasa keputusan PMR keluar dia memberitahu aku melalui mesej bahawa yang
dia akan pulang ke Sarawak. Perasaan aku ketika itu sangat sedih. Aku pun mengalirkan
air mata. Aku pun tidak tahu mengapa aku sedih apabila dia memberitahu dia mahu
pulang ke Sarawak sedangkan kami hanya kawan biasa. Dia lah satu-satunya kawan
yang buat aku menangis apabila mahu pindah sekolah.
Semasa
buka sekolah, aku rasa sunyi tanpa dia. Aku memang rasa kehilangan dia. Aku buat
pelbagai aktiviti supaya aku tidak ingat pada dia. Tapi setiap kali mesej dengan
dia aku pasti menangis. Aku rindu dia sangat. Walaupun kami sibuk dengan
pelajaran, kami akan cari masa untuk mesej walaupun hanya bertanya khabar. Aku juga
tidak pernah kecewa bila dia tidak balas mesej aku kerana aku tahu kawasan dia
sukar untuk mendapat talian telefon. Pada masa itu aku baru sedar dialah
sahabat aku yang sentiasa ada dengan aku ketika susah dan senang, ketika
gembira dan sedih.
Syukur
Alhamdulilah, persahabat kami terus kekal walaupun sudah 5 tahun kami tidak
berjumpa. Harapan aku kini agar aku dapat berjumpa dengan dia suatu masa nanti
dan persahabat kami terus kekal. Aku sangat sangat dan rindu dekat dia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan