Apakah
yang kita faham dengan perkataan berdikari? Pada pendapat saya, berdikari
membawa maksud tidak mengharapkan orang lain apabila melakukan sesuatu perkara.
Ini bermakna individu tersebut mampu melakukan sesuatu perkara walaupun tiada
bantuan daripada orang lain.
Individu
akan faham makna berdikari apabila berpisah dengan ibu bapa. Semasa tinggal
bersama ibu bapa banyak perkara di bantu oleh mereka. Nak pergi sekolah, ibu
akan kejutkan. Nak makan, ibu akan masak, Nak ke sekolah, ayah akan hantar
boleh dikatakan setiap perkara dilakukan ibu bapa akan tolong.
Apabila
kita sudah menyambung pelajaran maka kita akan hidup berdikari. Tiada lagi
suara ibu yang kejut kita bangun tidur. Tiada lagi makanan yang di masak oleh
ibu. Tiada lagi ayah hantar ke sekolah. Tiada lagi ibu basuh baju kita. Semua perkara
harus dilakukan sendiri. Bagi orang yang tidak pernah melakukan kerja mungkin
mereka akan rindu suasana di rumah. Namun, bagi mereka yang sudah biasa, semua
itu mudah sahaja.
Hidup
berdikari sangat penting. Ini kerana kita tidak selamanya akan dibantu oleh
orang lain. Orang sekeliling tidak selamanya ada ketika kita memerlukan
bantuan. Apabila kita sudah belajar berdikari maka mudah untuk kita lakukan
sesuatu perkara bersendirian jika tiada orang yang boleh tolong kita.