Jumaat, 23 November 2018

Pengalaman Kerja


   Setelah menamatkan pelajaran di tingkatan 5, aku ingin mencari pengalaman bekerja. Tapi tidak mudah untuk aku mencari kerja. Ini kerana kilang-kilang tidak mengambil pekerja bawah umur 17 tahun. Aku juga cuba mencari kerja di kedai runcit, kedai pakaian dan juga kedai buku tetapi tidak berjaya. Mungkin bukan rezeki aku untuk bekerja.
   Awal bulan 1 aku terlihat kedai makan di medan selera Tesco memerlukan pekerja. Aku mengambil masa yang lama untuk berfikir untuk memohon kerja di situ. Setelah kucing sakit, aku memohon kerja di situ dan aku diterima sebagai pembuat air. Ini kerana aku ingin mengumpul duit untuk merawat kucing aku. Tetapi tidak sempat, kucing aku mati dahulu.
Setelah tamat tingkatan 6, aku sekali mencuba nasib mencari kerja. Aku sudah banyak mengisi borang temuduga di pasaraya. Tetapi, tidak satu pun yang memanggil aku untuk temuduga. Aku pun berputus asa untuk terus mencari kerja. Pada suatu hari kawan aku mengajak aku mencari kerja. Aku pun teman dia mencari kerja dan alhamdulilah aku dan dia di terima kerja di kilang Riverstone sebagai operator.
   Berdasarkan 2 pengalaman bekerja, aku lebih suka bekerja sebagai pembuat air. Bekerja sebagai pembuat air sangat mencabar kerana aku perlu menghafal resepi atau sukatan untuk setiap jenis air. Tetapi kebaikannya bekerja di sini, aku dapat mengatasi masalah malu berdepan dengan orang. Gaji aku tidak mahal dan tidak murah. Gaji aku RM1000 sebulan tidak termasuk kerja lebih masa. Cukup untuk aku simpan untuk sambung belajar kemudian.
   Bekerja di kilang sangat mencabar. Kerja aku tidak terlalu berat dan sukar. Aku hanya duduk dan memeriksa kualiti sarung tangan dan bungkus. Bagi kerja ini sangat mudah tetapi duduk terlalu lama menyebabkan belakang aku sakit. Aku juga perlu buat dengan laju agar dapat melepasi target. Jika tidak lepas target maka aku tidak boleh kerja lebih masa. Gaji aku RM1050 sebulan tidak termasuk kerja lebih masa. Daripada 2 pengamalan bekerja ini, aku mungkin tidak akan bekerja lagi di kilang. Kerja di kilang memang tidak kena dengan jiwa aku. aku lebih suka bekerja di kedai-kedai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan