Di
Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur terdapat banyak pengangkutan awam seperti
transit aliran ringan (LRT), bas Rapid KL, mass rapid transit (MRT), Monorail,
keretapi tanah melayu (KTM) dan lain-lain. Namun mengapa masa banyak lagi
kenderaan di jalan raya?
Ini
menunjukkan masih ramai lagi rakyat yang tidak menggunakan pengangkutan awam. Mereka
lebih gemar memandu kenderaan sendiri dan rela menempuh lalu lintas yang sesak berbanding
menggunakan pengangkutan awam. Mungkin pada waktu bekerja mereka lebih gemar
memandu kenderaan sendiri kerana akan memudahkan mereka untuk bergerak jika
perlu melakukan kerja di luar pejabat atau kawasan pejabat mereka tiada
pengangkutan awam maka mereka perlu memandu sendiri kenderaan. Namun apa hari
minggu juga mereka lebih memilih untuk memandu kenderaan sendiri jika ingin
keluar berjalan-jalan berbanding menaiki kenderaan awam. Isu di sini, mengapa kenderaan
awam tidak menjadi pilih utama?
Jika
tanya pada diri saya, saya juga akan memilih memandu kenderaan sendiri berbanding
menaiki kenderaan awam. Ini kerana masa. Berdasarkan pengalaman saya menaiki
KTM daripada Rawang ke Mid Valley mengambil masa 1 ½ jam untuk sampai ke Mid Valley.
Jika saya menaiki kenderaan sendiri hanya mengambil masa 1 jam untuk sampai ke
Mid Valley. Di sini saya akan jimat ½ jam jika menaiki kenderaan sendiri. KTM
juga selalu sampai ke stesen tidak mengikut waktu yang dijangka tiba. Jika perbezaan
2-5 minit masih boleh diterima. Namun jika lebih daripada 10 minit ini akan
merugikan masa penumpang.
Kedua,
kos. Jika ingin keluar berjalan-jalan dalam kumpulan yang ramai iaitu antara 3-5
orang lebih baik menaiki kenderaan sendiri. Ini kerana kos menaiki kenderaan
sendiri dengan kos pengangkutan awam lebih kurang sahaja.
Sistem
pengangkutan awam perlu dinaik taraf jika ingin lebih ramai rakyat menggunakan
pengangkutan awam. Mereka sanggup bayar lebih jika kos sesuai dengan sistem pengangkutan
awam yang bagus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan