Sabtu, 24 November 2018

BERDIKARI


   Apakah yang kita faham dengan perkataan berdikari? Pada pendapat saya, berdikari membawa maksud tidak mengharapkan orang lain apabila melakukan sesuatu perkara. Ini bermakna individu tersebut mampu melakukan sesuatu perkara walaupun tiada bantuan daripada orang lain.
Individu akan faham makna berdikari apabila berpisah dengan ibu bapa. Semasa tinggal bersama ibu bapa banyak perkara di bantu oleh mereka. Nak pergi sekolah, ibu akan kejutkan. Nak makan, ibu akan masak, Nak ke sekolah, ayah akan hantar boleh dikatakan setiap perkara dilakukan ibu bapa akan tolong.
   Apabila kita sudah menyambung pelajaran maka kita akan hidup berdikari. Tiada lagi suara ibu yang kejut kita bangun tidur. Tiada lagi makanan yang di masak oleh ibu. Tiada lagi ayah hantar ke sekolah. Tiada lagi ibu basuh baju kita. Semua perkara harus dilakukan sendiri. Bagi orang yang tidak pernah melakukan kerja mungkin mereka akan rindu suasana di rumah. Namun, bagi mereka yang sudah biasa, semua itu mudah sahaja.
   Hidup berdikari sangat penting. Ini kerana kita tidak selamanya akan dibantu oleh orang lain. Orang sekeliling tidak selamanya ada ketika kita memerlukan bantuan. Apabila kita sudah belajar berdikari maka mudah untuk kita lakukan sesuatu perkara bersendirian jika tiada orang yang boleh tolong kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan