Khamis, 13 Disember 2018

IMPIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ingin mencerita mengenai impian saya. Kali ini saya tidak mahu menceritakan mengenai cita-cita saya tetapi saya ingin berkongsi impian saya untuk membalas jasa ibu, bapa, abang-abang dan kakak-kakak saya.
Saya tahu apa yang saya lakukan tidak akan mampu membalas jasa ibu bapa saya membesarkan saya. Sampai bila-bila pun jasa ibu bapa tidak akan terbalas. Saya juga sedar apa-apa yang saya lakukan saya tidak mampu membalas jasa abang-abang dan kakak-kakak saya. Mereka telah banyak berkorban demi adik mereka.
Image result for masjidil haramSuatu ketika dulu sehingga kini saya menyimpan impian jika suatu hari saya telah hidup senang, saya ingin membawa keluarga saya menunaikan umrah bersama-sama. Saya rasa ini akan membuatkan mereka gembira. Setiap umat islam pasti akan ada keinginan untuk menjejakkan kaki di tanah suci.
Saya juga ingin membuka sebuah perniaga keluarga. Saya ingin semua ahli keluarga saya mengguruskan perniaga itu. Saya ingin hidup keluarga saya. Saya tidak mahu mereka berkerja dengan orang. Saya pasti buka wang yang mereka mahu untuk membalas jasa mereka tetapi cukup lah mempunyai keluarga yang bahagia.

Tetapi saya tidak sempat untuk membalas jasa Ayoh dan Abe Dee. Mereka telah pergi buat selama. Apa yang saya boleh lakukan sentiasa berdoa untuk arwah Ayoh dan Arwah Abe Dee dan memjadi anak serta adik yang solehah. Alfatihah.

MAKANAN

Siapa sahaja di dunia ini yang tidak suka makan. Pasti semua orang mempunyai makanan kegemaran. Pasti semua orang setuju bahawa makanan yang paling sedap ialah makanan yang di masak oleh ibu. Tiada siapa yang boleh lawan masakan air tangan ibu.

Image result for budu kelantanTetapi saya tidak tahu apakah makanan kegemaran saya kerana semua makanan yang di masak oleh ibu saya pasti saya makan. Apa yang pasti saya sangat suka makan nasi panas dengan budu. Jika makan budu pasti selera makan saya naik. Saya sudah tidak kisah mengenai lauk lain, cukup lah budu, timun dengan nasi panas.

Image result for nasi kerabu kelantan
Masakkan Kelanta yang ibu saya masak sangat sedap. Nasi kerabu ibu saya ada perbezaan sedikit dengan yang dijual di kedai. Nasi kerabu ibu saya mempunyai kuah supaya tidak terlalu kering. Itu lah perbezaan dengan yang di kedai.



Image result for nasi dagang kelantanYang kedua nasi dagang. Nasi dagang makan dengan kuah kari ikan memang menaikan selera makan. Sangat sedap. Saya jarang beli nasi dagang di luar kerana nasi dagang mereka tidak cukup ramuan. Mereka tidak letak telur rebus dan kelapa ikan. Kelapa ikan ini sangat penting kerana rasa akan bertambah sedap dan lagi satu mereka letak acar sayur. Ikut citarasa saya arca dengan nasi dagang memang tidak kena. Sebab itu lah nasi dagang ibu saya sedap.


Banyak lagi masakkan ibu saya yang saya suka. Tapi nasi kerabu dengan nasi dagang ini yang paling istimewa. Saya memang belajar masak 2 masakkan tersebut. Jika saya teringin saya boleh masak sendiri. Tidak perlu beli dekat kedai. Apa yang pasti makanan di kedai tidak sama rasa dengan yang ibu kita masak.

            

BERSYUKUR



Image result for bersyukur
Bersyukur bermaksud berterima kasih. Bersyukur sesama manusia lebih cenderung kepada menunjukkan perasaan senang menghargai.  Bersyukur kepada Allah lebih cenderung kepada pengakuan bahawa semua kenikmatan adalah pemberian dari Allah. Inilah yang disebutkan sebagai syukur.
Kita perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi. Bersyukur lah kita mempunyai tubuh badan yang cukup sifat dan kesihatan baik yang membolehkan kita melakukan kerja, beribadat dan sebagainya dengan mudah. Di luar sana ada insan yang tidak cukup sifat tubuh badan dan ada insan yang diuji dengan kesakitan sukar untuk melakukan kerja malah ada yang tidak mampu untuk melakukan ibadat.
Kita juga perlu bersyukur mempunyai keluarga yang bahagia, keluarga yang senang dan keluarga yang lengkap. Ingatlah apabila kita rasa tidak bahagia, kita rasa ibu bapa kita tidak mengambil berat mengenai kita dan kita rasa keluarga kita susah, di luar sana ada keluarga yang lagi susah daripada kita. Ada yang ibu bapa mereka telah bercerai. Ada yang ibu bapa mereka sentiasa sibuk dengan kerja. Ada yang keluarga mereka hanya makan nasi dengan kicap.
Kita perlu bersyukur tinggal di negara yang aman, negara yang tiada peperangan. Lihat lah Israel yang musnah kerana peperangan tetapi mereka tidak pernah lupa untuk melakukan ibadat kepada Allah
Kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki. Suatu hari nanti Allah akan memberi rezeki dan memudahkan segala urusan kita. Janganlah kita tidak bersyukur dengan yang kita miliki kerana takut suatu hari nanti Allah akan mengambil segala nikmat yang pernah kita rasai.

Rabu, 12 Disember 2018

KESABARAN


Image result for sabar
Sabar bermaksud suatu sikap menahan diri, emosi, keinginan dan bertahan dalam situasi yang sulit dan tidak mengeluh. Di dalam islam terdapat tiga bentuk sabar iaitu sabar dalam ketaatan kepada Allah misalnya puasa,zakat dan haji. Sabar yang kedua iaitu sabar dalam menghadapi musibah seperti kehilangan harta, berkurangnya rezeki, musibah banjir dan bencana alam. Sabar yang ketiga iaitu sabar dalam menjauhi perbuatan maksiat yang diharamkan Allah seperti tidak berjudi, minum minuman keras dan yang lain.

Image result for sabar

Untuk sentiasa sabar tidak mudah seperti melontarkan kata ‘sabar’. Setiap orang mempunyai tahap kesabaran yang berlainan. Dengan ini kita janganlah menguji kesabaran seseorang kerana apabila kesabaran seseorang telah habis maka hubungan boleh terlerai.
Sabar sangat penting dalam diri, lebih-lebih lagi apabila kita diuji. Yakinlah apabila kita sabar, kita dapat menempuh segala cabaran yang dihadapi. Apabila kita tidak sabar, berputus asa dan terus menyalahkan takdir ini boleh membuatkan kita terjurus kepada perkara yang negatif. Kes-kes jenayah yang berlaku kerana mereka sudah tidak punya kesabaran. Mereka merompak mungkin kerana mereka tidak bekerja dan inginkan duit dengan cepat. Mereka membunuh mungkin kerana mereka berdendam dengan mangsa. Mereka membunuh diri mungkin kerana mereka sudah berputus asa dengan kehidupan  Inilah kesan jika kita tiada kesabaran dalam menghadapi cabaran hidup.
Cuba menjadi seorang yang sabar dalam segala cabaran yang dihadapi, musibah yang melanda, perangai manusia yang pelbagai dan keinginan kita untuk mendapatkan sesuatu. Kita tidak akan rugi jika sentiasa bersabar malah mungkin suatu masa kita akan menerima ganjaran yang setimpal dengan kesabaran kita. Jika kita tidak sabar mungkin suatu masa kita akan merana.