Selasa, 11 Disember 2018

Kesedaran Terhadap Haiwan Terbiar


  Jika dilihat, masih terdapat segelintir manusia yang tidak mempunyai kesedaran terhadap haiwan terbiar. Ini dapat dilihat apabila tersiar berita mengenai kekejaman manusia terhadap haiwan terbiar.
  Masih ingat mengenai kucing bernama Hero? Jika teringat kisah Hero pasti kita akan rasa marah terhadap orang yang melakukan kekejaman terhadap Hero. Kedua kaki depan Hero dipotong kerana Hero mencuri seekor ikan. Perbuatan ini sangat kejam. Tidak salah untuk kita beri makan terhadap kucing tersebut. Kita tidak akan rugi.


  Baru-baru ini berlaku lagi kekejaman terhadap haiwan. Seekor kucing bunting mati kerana  dimasukkan ke dalam pengering baju di dobi. Di manakah sifar keperimanusiaan sehingga sanggup membunuh kucing? Tidak tahu apa kesalahan kucing itu sehingga manusia sanggup membunuh kucing.
Image result for kucing bunting mati
  Tidak dapat dinafikan masih terdapat manusia yang mempunyai kesedaran untuk membantu haiwan terbiar. Tersiar berita mengenai seorang wanita yang menyelamatkan anak anjing yang terjatuh di dalam longkang. Walaupun wanita itu takut dengan anjing namun wanita itu tetap menyelamatkan anak anjing itu kerana wanita itu mempunyai sifat kesian terhadap haiwan. Dalam islam melarang kita untuk memegang anjing namun itu tidak menjadi penghalang untuk kita berbuat baik terhadap anjing.
  Cuba kita terapkan rasa sayang dan simpati terhadap haiwan di dalam diri walaupun kita takut dengan haiwan tersebut. Janganlah kita berlaku kejam terhadap haiwan kerana haiwan juga mempunyai rasa sakit. Kalau bukan manusia yang perlu memberi bantuan dan menyayangi haiwan, siapakah yang boleh melakukan itu? Ingat lah sebagaimana kita di tuntut untuk melakukan kebaikan sesama manusia, begitu juga dengan haiwan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan