Bersyukur
bermaksud berterima kasih. Bersyukur sesama manusia lebih cenderung kepada
menunjukkan perasaan senang menghargai.
Bersyukur kepada Allah lebih cenderung kepada pengakuan bahawa semua
kenikmatan adalah pemberian dari Allah. Inilah yang disebutkan sebagai syukur.
Kita
perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi. Bersyukur lah kita
mempunyai tubuh badan yang cukup sifat dan kesihatan baik yang membolehkan kita
melakukan kerja, beribadat dan sebagainya dengan mudah. Di luar sana ada insan
yang tidak cukup sifat tubuh badan dan ada insan yang diuji dengan kesakitan
sukar untuk melakukan kerja malah ada yang tidak mampu untuk melakukan ibadat.
Kita
juga perlu bersyukur mempunyai keluarga yang bahagia, keluarga yang senang dan
keluarga yang lengkap. Ingatlah apabila kita rasa tidak bahagia, kita rasa ibu
bapa kita tidak mengambil berat mengenai kita dan kita rasa keluarga kita
susah, di luar sana ada keluarga yang lagi susah daripada kita. Ada yang ibu
bapa mereka telah bercerai. Ada yang ibu bapa mereka sentiasa sibuk dengan
kerja. Ada yang keluarga mereka hanya makan nasi dengan kicap.
Kita
perlu bersyukur tinggal di negara yang aman, negara yang tiada peperangan. Lihat
lah Israel yang musnah kerana peperangan tetapi mereka tidak pernah lupa untuk
melakukan ibadat kepada Allah
Kita
perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki. Suatu hari nanti Allah akan
memberi rezeki dan memudahkan segala urusan kita. Janganlah kita tidak
bersyukur dengan yang kita miliki kerana takut suatu hari nanti Allah akan
mengambil segala nikmat yang pernah kita rasai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan