Sabar
bermaksud suatu sikap menahan diri, emosi, keinginan dan bertahan dalam situasi
yang sulit dan tidak mengeluh. Di dalam islam terdapat tiga bentuk sabar iaitu
sabar dalam ketaatan kepada Allah misalnya puasa,zakat dan haji. Sabar yang
kedua iaitu sabar dalam menghadapi musibah seperti kehilangan harta, berkurangnya
rezeki, musibah banjir dan bencana alam. Sabar yang ketiga iaitu sabar dalam menjauhi
perbuatan maksiat yang diharamkan Allah seperti tidak berjudi, minum minuman
keras dan yang lain.
Untuk
sentiasa sabar tidak mudah seperti melontarkan kata ‘sabar’. Setiap orang
mempunyai tahap kesabaran yang berlainan. Dengan ini kita janganlah menguji
kesabaran seseorang kerana apabila kesabaran seseorang telah habis maka
hubungan boleh terlerai.
Sabar
sangat penting dalam diri, lebih-lebih lagi apabila kita diuji. Yakinlah apabila
kita sabar, kita dapat menempuh segala cabaran yang dihadapi. Apabila kita
tidak sabar, berputus asa dan terus menyalahkan takdir ini boleh membuatkan
kita terjurus kepada perkara yang negatif. Kes-kes jenayah yang berlaku kerana
mereka sudah tidak punya kesabaran. Mereka merompak mungkin kerana mereka tidak
bekerja dan inginkan duit dengan cepat. Mereka membunuh mungkin kerana mereka
berdendam dengan mangsa. Mereka membunuh diri mungkin kerana mereka sudah
berputus asa dengan kehidupan Inilah kesan
jika kita tiada kesabaran dalam menghadapi cabaran hidup.
Cuba
menjadi seorang yang sabar dalam segala cabaran yang dihadapi, musibah yang
melanda, perangai manusia yang pelbagai dan keinginan kita untuk mendapatkan
sesuatu. Kita tidak akan rugi jika sentiasa bersabar malah mungkin suatu masa
kita akan menerima ganjaran yang setimpal dengan kesabaran kita. Jika kita
tidak sabar mungkin suatu masa kita akan merana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan